Aku Tidak Akan Mengeluh Lagi

Author: krong / Labels:

Tangisan keriangan
aku mula berangan
terlintas satu bayangan
diri aku di kayangan
terbang sebarangan

Tanpa nada keperitan
yang telah aku selitkan
dalam perjalanan
dalam kesempitan
dalam seribu keluhan......

ps**aku jadi volunteer convo UniKL ritu...sedey rase bile tgk kawan2 da convo...Kawan2 Utem pon da convo...sori la Amer,Nadia Nurul n kawan2 len x dapat hadir convo korang sebab de committment kat Kedah yg wajib dihadiri......Rindu korang semua...Aku lah nnti convo pling lambat diantara semua....aish...(oops x bole mengeluh dah...silap)

Nak Tulis Balik....

Author: krong / Labels:

kertas digital ini telah usang
malah bersawang
seakan-akan hilang
demi bersenang-senang
bagaikan dibuang
kosong tidak dikarang
walaupun sekecil urat benang...

ps** da lama x update blog....walau x de pembaca...nak start update blik...

Imej

Author: krong / Labels:

aku cuba tengok
tak nampak
tapi aku lihat

aku bukan buta
aku tak pejam mata
tapi aku rabun gila...

Tiada Jalan

Author: krong /

nak terbang tiada sayap
nak berenang laut dalam
nak di panjat berduri
nak jalan sudah berlumpur

kayu keras

Author: krong /

pohon kayu
keras macam batu
diam seribu
berdiri kaku
mulut membeku
pejam pada yang berlaku
simpan kuku
tapi menipu
pungguk keliru

Misteri Rahsia

Author: krong / Labels:

rahsia melahirkan misteri
kerana tiada jawapan pasti
bagaikan sebuah teka teki
walau diteka berkali kali
jawapan tidak akan diberi
hanya penjaga tahu segala isi
yang tersimpan dalam peti

Demam

Author: krong / Labels:

lidah tak berasa
tubuh tak bermaya
mulut tiada selera
perut tiada sisa
hidung selsema
kerongkong naga

**ps 2 hari tak sehat...jaket da gelebeh camane....